CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 10, 2011




Assalamualaikum wbt....
Sahabat...mengapa ALLAH swt selalu menguji insan-insan yang bersahabat baik, dengan ujian perpisahan?..perpisahan dunia cuma..namun ia sudah cukup membuat hati teman-teman sayu, sedih dan rasa kehilangan...

Ternyata mencari seorang sahabat tidak semudah mencari kawan..sahabat ialah, kawan yang bersama ketika kita suka ketawa riang, ketika kita duka dalam susah, malah ketika kita melakukan kesilapan, dia menegur meskipun kita pasti terasa agak pahit..Namun, itulah dia sahabat..kerana seorang sahabat sejati tidak akan sanggup membiarkan temannya terus terusan dalam kesilapan itu, maka dia menegur agar berharap temannya kembali lebih baik...
Berbeza dengan hanya seorang kawan biasa...kawan ada ketika kita suka ketawa riang, namun di kala kita susah mengharap, dia sukar di temui malah berat untuk membantu..dan ketika kita melakukan kesilapan dia cuma hanya melihat, tidak menegur, malah memuji dan mengiyakan segala tindakan salah kita..ternyata, dia sebenarnya tidak kisah andai temannya terus melakukan kesalahan, dan menjadi buruk kerana baginya, temannya bukan siapa-siapa untuk dia bantu menjadi insan yang lebih baik..itulah dia kawan...

Dalam hidup kita, berapa ramaikah kawan yang kita boleh andalkan menjadi sahabat?..rasa saya, pasti tidak ramai seramai kawan biasa...dia mungkin satu, dua, tiga..atau kalau pun ramai, mereka datang dan pergi..pergi kerana menuntut kehidupan peribadi..lantas kita bertemu lagi dengan orang lain yang akhirnya menjadi sahabat kita..syukur andai ALLAH sentiasa menghadirkan kita sahabat-sahabat seperti ini..yang menunjuk ke arah yang baik, menegur yang salah, dan menerima diri kita seadanya...

Namun dalam kita bahagia mengintal tali persahaban ini, kita selalu di uji Rabbi akan perpisahan..untuk melawan takdir dan ketentuan, siapalah kita..pasti kita amat memahami sahabat yang harus meneruskan kehidupan mereka masing-masing kan..ada yang akan membina mahligai menuju ke alam baru..ada yang bertukar tempat kerja, ada yang menyambung pelajaran, ada yang berubah tempat tinggal..dan macam-macam lagi hal kehidupan...Lalu kita sebagai temanya pasti kan merasa sadih tatkala seorang demi seorang sahabat ini terpaksa berlalu dari hidup kita...

Namun apakan daya..hanya doa mampu di berikan mengiringi perjalanan baru sahabat semua..berdoa agar silatuirrahim indah yang terbina ini tidak kan berlalu jua seperti berlalunya dia dari pandangan mata...semoga segala memori indah, suka dan duka ini kan kekal tersimpan kemas dalam ingatan setiap dari kita..

Buat sahabat ku sekalian...

Sahabat..andai kau membaca coretan ini..
ku berharap dirimu di sana dalam keadaan sihat wal'afiat..
di mana pun kau berada, dan apapun yang kau lakukan..
ku doakan semoga rahmat Ilahi kan selalu memayungi kehidupanmu..

sahabat, kita bertemu kerana ALLAH..
dan kita berpisah jua kerana ALLAH
andai saja ALLAH tidak menggerakkan hati hati kita untuk bertemu
hingga saat ini ku pasti tidak mengenalimu..
begitu juga engkau
masihkah kalian ingat saat pertama kita bertemu, berkenalan dan mulai rapat?
namun ternyata takdir ALLAH telah menemukan kita
dan akhirnya terjalinlah ikatan persahabatan ini
dan aku amat gembira serta bersyukur kerana di kurniakan sahabat-sahabat seperti kalian

terima kasih sahabat semua..
kerana kalian hadir dalam suka mahupun duka
sedia menegur dan menasihati diri yang serba khilaf ini

terima kasih sahabat kerana menjadi sahabat yang membantuku dunia akhirat
sentiasa mengingatiku akan akhirat, iman dan Islam
hingga ku jelas melihat betapa indahnya agama ALLAH ini...

kan ku abadikan kenangan kita bersama..
buat semua temanku, hanya doa mampu ku panjatkan
Moga ALLAH merahmati kalian, melimpahi rahmat, hidayah dan kasih sayang-Nya
serta kejayaan dalam apapun perjuangan kalian
andai satu masa nnti di titik akhir perjuangan  hidup kita, masih tidak ketemu lagi
semoga kita bertemu di syurga-Nya 
amin Ya Rabba alamin..

coretan ku malam ini khas buat semua sahabat2 ku yang jauh mahupun dekat, yang lama mahupun baru, yang mengenali diriku..

dan kalian yang melangkah demi meneruskan kehidupan masing2..

No comments:

Post a Comment